Wednesday, 13 November 2019

PENGENALAN PRODUK

Produk makanan popcorn adalah snek ringan yang diperbuat daripada bertih jagung. Perniagaan popcorn ini menjanjikan pendapatan agak lumayan yang mempunyai ciri-ciri berdaya maju. Masyarakat kini yang menginginkan kelainan dalam acara atau majlis yang dianjurkan serta kawasan yang dirancang merupakan kawasan tumpuan pelancongan yang mampu meningkat jumlah pelanggan.


Produk makanan popcorn ini memudahkan pelanggan membuat pilihan, saya sediakan pelbagai pakej bermula pakej ekonomi hingga pakej premium. Kebanyakan tempahan lebih kepada majlis pertunangan dan perkahwinan serta majlis-majlis tertentu. Dalam sebulan lebih 5 tempahan diterima untuk majlis besar iaitu 1000 doorgift manakala tempahan kecil dalam 10 hingga 15 orang bagi 300 doorgift. Setakat ini jumlah tempahan paling banyak diterima adalah 2000 doorgif. Selain daripada itu syarikat kami juga menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan ringan untuk cafe dan kantin kawasan sekitarnya.


No comments:

Post a Comment