Premium Caramel Popcorn
Wednesday, 13 November 2019
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Elysian Trading telah ditubuhkan pada tahun 2016. Aktiviti utama syarikat ini ialah
mengeluarkan Premium Caramel Popcorn
dengan skala pengeluaran di tahap sederhana, iaitu 100 kg sehari. Produk utama
syarikat adalah popcorn iaitu sejenis
makanan ringan yang mengandungi bertih jagung dan caramel. Syarikat mempunyai pasaran yang stabil dan seringkali
tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan berikutan pengeluaran yang amat terhad.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
VISI
Untuk menjadikan sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing, sebuah syarikat perniagaan pembekal makanan ringan popcorn yang tekenal.
MISI
·
Menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap
kepuasan pelanggan.
·
Menjadikan popcorn sebagai doorgift untuk pelbagai majlis-majlis tertentu dengan melakukan
promosi yang baik serta memperkenalkan secara langsung kepada masyarakat mahu
pun dengan memasang iklan di media.
·
Menjadi produk makanan
ringan diminati masyarakat.
OBJEKTIF
·
Untuk mengetahui
sasaran pelanggan untuk perniagaan.
·
Menjual dan menghantar
makanan kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk majlis-majlis
tertentu.
·
Menarik perhatian orang
ramai untuk membuat tempahan dan membeli makanan yang dijamin halal mengikut
kehendak masing-masing.
PEMILIK SYARIKAT
FATEEN EZEANEE BINTI YAMAN NASIR
PENGURUS BESAR
SYAIDATUL SHUHADA BINTI TARMIZI
PENGURUS PEMASARAN
NUR SAPURA BINTI LUKMAN
PENGURUS KEWANGAN
PENGENALAN PRODUK
Produk makanan popcorn adalah snek ringan yang diperbuat
daripada bertih jagung. Perniagaan popcorn
ini menjanjikan pendapatan agak lumayan yang mempunyai ciri-ciri berdaya maju. Masyarakat kini yang menginginkan kelainan dalam acara
atau majlis yang dianjurkan serta kawasan yang dirancang merupakan kawasan
tumpuan pelancongan yang mampu meningkat jumlah pelanggan.
Produk makanan popcorn ini memudahkan pelanggan membuat
pilihan, saya sediakan pelbagai pakej bermula pakej ekonomi hingga pakej premium. Kebanyakan tempahan lebih
kepada majlis pertunangan dan perkahwinan serta majlis-majlis tertentu. Dalam
sebulan lebih 5 tempahan diterima untuk majlis besar iaitu 1000 doorgift manakala tempahan kecil dalam
10 hingga 15 orang bagi 300 doorgift.
Setakat ini jumlah tempahan paling banyak diterima adalah 2000 doorgif. Selain daripada itu syarikat
kami juga menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah
mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan
ringan untuk cafe dan kantin kawasan
sekitarnya.
KELEBIHAN PRODUK
Antara kelebihan Premium Caramel Popcorn yang telah dikeluarkan oleh syarikat Elysian Trading ialah diperbuat daripada bertih jagung yang berkualiti dan mengeluarkan perisa utama iaitu perisa caramel.
Selain itu, menggunakan bungkusan yang menarik dan
mempunyai banyak pilihan. Dengan ini akan menarik minat ibu bapa mahupun
kanak-kanak. Seterusnya, syarikat kami telah menetapkan harga yang murah dan
berpatutan kepada pembeli borong berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain
dan produk Premium Caramel Popcorn juga
boleh ditempah untuk kenduri perkahwinan dengan packaging yang menarik.
Akhir sekali, Premium Caramel Popcorn dihasilkan oleh 100% bumi putra orang melayu islam dan dijamin halal dan suci bersih dan tidak menggunakan bahan yang terlarang serta diperbuat daripada bahan tumbuhan semulajadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)